Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kami selaku pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat yang menduduki semester empat iaitu semester terakhir di kolej ini telah menjayakan projek berkumpulan iaitu Program Khidmat Masyarakat dibawah tajuk “Membangunkan Laman Web IKS di Daerah Kuala Langat” yang diarahkan oleh Pensyarah Subjek Pembangunan Laman Web (Modul TTM 311) iaitu Puan Azila binti Baharuddin.
Kami yang dianggotai seramai lima orang ahli kumpulan iaitu terdiri daripada Nurul Haqidah binti Abdul Rahman, Shahmar Effendy bin Mohd Nor, Nurul Shafini binti Mat Rani,
Kathir Mukilan A/L Tamilselvam dan Ushalini A/P Vijayan.
Kami yang dianggotai seramai lima orang ahli kumpulan iaitu terdiri daripada Nurul Haqidah binti Abdul Rahman, Shahmar Effendy bin Mohd Nor, Nurul Shafini binti Mat Rani,
Kathir Mukilan A/L Tamilselvam dan Ushalini A/P Vijayan.
Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Azila binti Baharuddin kerana telah sudi memberi tunjuk ajar dan memberi penerangan kepada kami secara teliti mengenai Projek Akhir ini.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muhammad Idzuan iaitu pemilik SYARIKAT WANX ART ENTERPRISE kerana telah sudi memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan projek ini kepada kami. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja SYARIKAT WANX ART ENTERPRISE kerana memberikan maklumat kepada kami untuk disalurkan kepada orang ramai.
Akhir kata, kami mengucapkan semoga Industri Kecil dan Sederhana ini dapat berkembang maju dan bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang lain. Dengan ini, pengguna tidak akan memandang rendah terhadap Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia ini.
0 comments:
Post a Comment